Resepi Lapis Cheese Cracker
Resipi Lapis Cheese Cracker, yang sungguh mudah tetapi menghasilkan dessert sangat sedap. Che Nom memang pada mulanya agak sangsi dengan hasilnya tetapi bila selesai melapis dan disejukkan semalaman, hasilnya sungguh menakjubkan. Tak sangka apabila biskut menyerap celupan susu bersama lapisan cream cheese, tekstur dan rasanya menjadi cukup seimbang. Resipi diambil dari blog Kak Ina KL. Selamat mencuba.
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 0 minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 10 orang
Bahan-Bahan:
1 bungkus biskut Deluxe cracker
250g cream cheese Philadelphia
1/4 tin susu pekat manis
serbuk nestum secukupnya
1 kotak kecil susu Full Cream atau Fresh Milk
serbuk koko untuk hiasan
Cara Penyediaan:
Putar cream cheese sehingga kembang dan lembut.
Masukkan 4 sudu besar susu, kemudian masukkan pula susu pekat sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
Celup biskut dalam susu dan susun di dalam loyang. Che Nom guna loyang berukuran 11"x7".
Susun biskut rapat-rapat dan tuang sedikit adunan cream cheese di lapisan atas dan ratakan. Tabur sedikit nestum dengan sekata.
Selang selikan dengan susunan biskut celup, lapisan cream cheese dan taburan nestum sehingga habis.
Sejukkan dalam peti ais semalaman. Potong empat segi kecil dan tabur degan serbuk koko sebagai hiasan.
Resepi Pancake
Resipi pancake menggunkan lemon mudah dan sedap, hanya 15minit penyediaan, sesuai di makan bersama madu lebah. Pancake sangat sesuai dihidangkan untuk sarapan dan makan petang. Rahsia Pancake yang sedap adalah dengan mencampurkan perahan jus lemon sebagai gantian kepada buttermilk.
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 12
Bahan-Bahan:
2 Cawan tepung gandum
4 Sudu Besar Mentega
2 Sudu Besar Jus Lemon
4 Sudu Besar Gula Kastor
3 Sudu Teh Baking Powder
2 Biji Telur
1 Sudu Kecik Garam
1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady
Cara Penyediaan:
Cairkan mentega.
Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.
Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.
Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.
Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.
Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.
Masak sehingga keperangan di kedua2 belah bahagian.
Resepi Pancake Coklat
Resepi Pancake Coklat, sedap dan mudah, sesuai untuk sarapan
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 15
Bahan-Bahan:
Bahan untuk pancake:
2 Cawan tepung gandum
4 Sudu Besar Mentega
2 Sudu Besar Jus Lemon
4 Sudu Besar Gula Kastor
3 Sudu Teh Baking Powder
2 Biji Telur
1 Sudu Kecik Garam
1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady
Bahan untuk chocolate gravy (sos coklat):
250g coklat bar, cincang kasar
1/4 cawan butter
1/2 cawan susu full cream dutch lady
1 sudu besar tepung (tepung serbaguna atau tepung gandum)
Cara Penyediaan:
Cara untuk pancake
Cairkan mentega.
Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.
Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.
Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.
Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.
Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.
Masak sehingga keperangan di kedua2 belah bahagian.
Cara untuk coklat:
Cairkan coklat menggunakan kaedah 'double boil'.
Kemudian masukkan butter, dan susu. Kacau sebati.
bancuh tepung menjadi pes yang pekat, masukkan kedalam bekas coklat dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.
Tips:
Kaedah double boil ialah teknik memasak menggunakan stim dan memerlukan 2 tingkat periuk. Masukkan air 1/4 penuh di dalam periuk dan panaskan hingga mendidih. Ambil satu mangkuk kaca dan letakkan di atas periuk yang mendidih tadi. Kepanasan dari stim akan mencairkan adunan coklat tadi.
Resepi Apom Lenggang
Siapa yang pernah makan apom lenggang masa kecil dulu pasti teringat akan kesedapan apom ni. Cara nak buat apom lenggang ni mudah sahaja. Ada resepi yang menggunakan nasi dan ada juga yang menggunakan ragi. Untuk resepi apom lenggang di bawah ni Che' Nom gunakan nasi sejuk mengikut cara yang dibuat oleh orang-orang tua dahulu. Apabila bancuhan diperap, rasa yang enak dari beras dan tekstur yang lembut dan gebu akan terhasil.
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 2 jam | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: minutes
Jumlah Hidangan : 15 biji
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil yis
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam
Bahan untuk kisar halus:
3/4 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
Cara Penyediaan:
Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.
Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.
Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.
Tips:
Seeloknya adunan apom lenggang diperam semalama, tetapi ingat santan perlu dimasukkan keesokan harinya.
Resepi Muffin Lemon Poppyseed
Resepi muffin yang simple dan sangat sedap. Teksturnya sangat lembut dan gebu dan rasa dari parutan kulit lemon sangat segar dan menyelerakan. Yoghurt pula menambah kelembapan pada tekstur muffin.
Pertama kali Che Nom cuba resepi ini, memang terus terpikat dengan rasanya. Anak-anak Che Nom pun sangat suka. Sesuai dihidangkan buat minum petang atau parti ringkas buat anak-anak.
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 10-12 muffin
Bahan-Bahan:
1/2 cawan butter
2/3 cawan gula
2 biji telur saiz A, asingkan putih dan kuning
1 1/3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
2 sudu besar poppyseed
1/2 cawan plain yoghurt
2 biji lemon, parut kulit sahaja
2 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla
Bahan untuk 'lemon drizzle sugar':
10 sudu besar gula aising
2 sudu besar perahan jus lemon segar
Cara Penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 170°C.
Pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan telur kuning sebiji dan putar, kemudian masukkan sebiji lagi dan putar sekata.
Dalam mangkuk berasingan, ayak bahan kering iaitu tepung gandum, baking powder dan baking soda dan kemudian masukkan poppyseed dan parutan kulit lemon. Kacau sekata.
Sudukan bahan kering ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit dan selang selikan dengan yoghurt sehingga adunan menjadi sebati.
Dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur sehingga kembang dan menjadi 'bertanduk' apabila ditarik.
Gaul adunan putih telur ke dalam bancuhan muffin dengan perlahan-lahan supaya ruang udara di dalam putih telur tidak terjejas. Sangat penting untuk digaul dengan lembut supaya tekstur muffin menjadi lembut dan gebu.
Sudukan ke dalam acuan kertas 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga anda cucuk dengan lidi dan apabila ditarik, lidi keluar dengan bersih.
Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidang dan drizzle dengan 'lemon drizze sugar' sebagai hiasan
Tips:
Muffin ini sangat sedap jika gunakan mentega tanpa garam (unsalted butter atau sweet butter). Jika anda pilih mentega tanpa garam, masukkan 1/4 sudu garam di dalam adunan supaya rasa menjadi seimbang.
Subscribe to:
Comments (Atom)




